Anugerah Keluarga Mithali Lengkap & Tunggal 2021

10 November 2021 (Rabu) – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan Majlis Anugerah Keluarga Mithali bertempat di Kompleks Ibu Tunggal YPKT, Chendering.

dsc 8846

Majlis telah dirasmikan oleh YB  Tuan Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.

Turut hadir dalam majlis ini; YBhg. En. Kamarulzaman bin Awang; Timbalan Pengarah (PROGRAM) YPKT; Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Terengganu; Pengarah Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu; Wakil Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Pegawai-pegawai dan kakitangan YPKT.

Program Anugerah Keluarga Mithali kali ini diadakan bagi merai dan memberi penghargaan kepada pemenang-pemenang yang telah diumumkan dalam Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Terengganu pada 18 Oktober 2021 bersamaan 12 Rabiul Awal 1443h baru-baru ini.

Tahniah kepada 2 pemenang daripada 2 kategori iaitu Kategori Keluarga Lengkap Mithali dan Keluarga Tunggal Mithali yang telah memenangi anugerah-anugerah Keluarga Mithali bagi tahun 2021 ini.

Penerima bagi Keluarga Mithali Lengkap adalah Tuan Haji Mohd bin Draman Bersama isterinya Puan Hajjah Shahillah binti Md Salleh. Beliau dan isteri sekarang menetap di Kampung Pasir Puteh, Merchang, Marang. Sedikit maklumat tentang Tuan Haji Mohd bin Draman, beliau pernah berkhidmat di YPKT sebagai Pengarah YPKT pada tahun 2002 hingga 2004 dan beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT).

dsc 8793

Manakala penerima Keluarga Mithali Tunggal adalah Puan Hasnah binti Abdullah. Beliau kini menetap di Kampung Pauh, Kuala Berang dan merupakan seorang pesara guru.

dsc 8770

YPKT sebelum ini telah menerima 27 pencalonan untuk kategori Keluarga Lengkap Mithali dan 24 pencalonan daripada kategori Keluarga Tunggal Mithali. Berdasarkan panduan dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan panel-panel hakim ini telah membuat pemilihan. Tahniah kepada pemenang-pemenang Anugerah Keluarga Mithali Peringkat Negeri Terengganu dan terima kasih Panel-panel hakim Anugerah Keluarga Mithali daripada Jabatan Hal Ehwal Terengganu (JHEAT), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) di atas penglibatan bagi pemilihan tersebut.

Pemilihan ini sudah tentu mengambil kira kriteria-kriteria seperti keperibadian calon, kejayaan mendidik dan membesarkan anak-anak hingga anak-anak berjaya dengan cemerlang. Begitu juga dengan sumbangan dan keaktifan dalam masyarakat, ketabahan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Tahniah kepada Pemenang-pemenang Anugerah Keluarga Mithali dan semoga dengan kemenangan Anugerah Keluarga Mithali ini ia boleh menjadi sumber inspirasi dan mencetus contoh teladan atau role model kepada keluarga dan seluruh anggota masyarakat.

Pin It

Jumlah Pelawat : 50158

  • Kemaskini Terkini : Isnin 26 September 2022, 16:10:57.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my