Merancang, menyelaras, melaksana, menyemak, dan memantau program / aktiviti tahunan bahagian Pembangunan Keluarga bagi seluruh Parlimen / Dun Negeri Terengganu.
Unit
- Unit Pembangunan Keluarga
- Unit Pembangunan Remaja/Belia
- Walimah Perdana
- Bantuan Kelahiran
PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA
- Pasca Perkahwinan "Keluarga Jannah"
(a) Membentuk Paradigma kasih sayang serta suasana rumahtangga yang lebih kondusif dan dirahmati Allah
(b) Mendedahkan persekitaran hidup berkeluarga dan apakah cabran yang bakal dihadapi.
(c) Mendedahkan petua-petua mengukuhkan kebahagiaan dan keharmonian.
(d) Membina suasana keintiman hubungan suami isteri yang lebih berkesan dan produktif. - WalimatulUrus Perdana
(a) Membantu golongan muda memudahkan proses perkahwinan
(b) Membantu meringankan beban ahli keluarga dan meraikan pasangan muda untuk mendirikan rumahtangga. - Program Fityah Terengganu (FATEH) - Taklif
(a) Memberi kesedaran kepada anak-anak tanggungjawab sebagai khalifah pewaris legasi anak Terengganu.
(b) Menanam kesedaran kepada anak-anak yang memikul tanggungjawab sepenuhnya dari segi dosa-pahala, halal-haram selepas mencapai umur baligh. - Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) - Peningkatan Potensi Diri "Super Syabab"
(a) Membangun potensi diri sebagai khalifah dari aspek mental, emosi, fizikal dan sosial secara bersepadu.
(b) Mewujudkan satu kumpulan sekarelawan yang berketerampilan dikalangan belia dan beliawanis. - Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT) - Ingatlah Sayang
(a) Langkah pencegahan bagi mengelakkan berlakunya kes-kes salah laku.
(b) Memberi panduan dan pendidikan bagi mengelakkan remaja/pelajar tidak mudah tertipu. - Anugerah Keluarga Mithali
(a) Memberi kesedaran kepada ahli-ahli keluarga (ibubapa dan anak-anak) tentang peranan penting mereka dalam melahirkan generasi dan keluarga yang cemerlang.
(b) Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada ahli-ahli keluarga yang telah banyak bekorban demi menjana masyarakat cemerlang. - Rehlah Sakinah - Keluarga dan Komuniti
(a) Meningkat kefahaman dalam kepimpinan masyarakat berkaitan dengan kepimpinan keluarga.
(b) Memberi pendedahan kepada pemimpin masyarakat dalam aspek ilmu keibubapaan dan penyelesaian dalam komuniti. - Pasca Perkahwinan "2nd Honeymoon"
(a) Meningkatkan penguasaan ilmu kekeluargaan, pengurusan minda dan emosi serta sikap positif ke arah memantapkan dan meningkatkan hubungan suami isteri.
(b) Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera melalui pengurusan masa dan sumber keluarga yang terancang. - Forum Perdana
(a) Memberi kesedaran dan motivasi tentang tanggungjawab/peranan ibubapa yang sebenar bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia.
(b) Memahami konsep model sebuah keluarga bahagia dan masyarakat penyayang melalui sikap kecaknaan sesama sendiri.
Ketua Bahagian
Nama : Haji Mohd Ali @ Mohd Fauzy Bin Abd. Ghani
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Tel : 09-631 5145