YBhg. Tuan Pengarah YPKT ke TASKA Permata Keluarga PMINT

YBhg. Tuan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah telah melawati TASKA Permata Keluarga Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sempena pembukaan operasi TASKA tersebut pada Januari 2021 baru ini.

tp ypkt ke taska pmint 1 20210503 1951389269

Penubuhan TASKA Permata Keluarga PMINT ini adalah bagi mengantikan TASKA Permata Keluarga UTC yang telah beroperasi sejak Julai 2016. TASKA Permata PMINT mampu menempatkan seramai 80 orang orang kanak-kanak. Buat masa ini jumlah kanak-kanak adalah seramai 62 orang daripada kategori Tipat (3-4 tahun) seramai 29 orang, Tateh (3-4 tahun) seramai 13 orang dan jumlah guru buat masa seramai 9 orang.

Turut hadir sama; Tuan Haji Mohd Ahsri bin Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Pengurusan); En. Nazri bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Korporat; En. Wan Yusmalifalida bin Wan Razali, Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-kanak dan En. Halim bin Mohamed, Penolong Pengarah Pentadbiran.

Pin It

Jumlah Pelawat : 50153

  • Kemaskini Terkini : Isnin 26 September 2022, 16:10:57.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my