KEMAMAN, 7 Julai – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah menganjurkan Program Pemantapan & Pengukuhan Nilai Diri Warga Emas di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman dengan penyertaan seramai 42 warga emas dari daerah Kemaman dan Dungun.
Program dikendalikan oleh YBhg. Dato' Dr. Ridzuan Mohd. Sagir, Perunding Motivasi Kekeluargaan, menerusi dua slot yang memberi fokus kepada pemahaman perubahan usia emas serta penghayatan kehidupan yang lebih bermakna, bermaruah dan sejahtera.
Turut hadir ialah Puan Wan Norhidayatie binti Wan Muhamad, Pegawai Kawasan Kemaman, dan Puan Umi Mukminah binti Sapingi @ Shafie, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Bahagian Pembangunan Keluarga & Komuniti YPKT.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memperkukuhkan kesejahteraan diri serta meningkatkan kualiti kehidupan sepanjang meniti usia emas.





