2ND HONEYMOON PERKUKUH KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

KUALA TERENGGANU, 16 Mei 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga & Komuniti telah menganjurkan Program Pasca Perkahwinan “2nd Honeymoon” selama dua hari di Permai Hotel, Kuala Terengganu dengan penyertaan seramai 18 pasangan suami isteri.
 
Program tersebut melibatkan pasangan daripada pelbagai latar belakang dan tempoh perkahwinan, bermula daripada kurang 1 tahun sehingga 30 tahun keatas.
Penganjuran program bertujuan meningkatkan kualiti hubungan suami isteri, memperkukuh kefahaman ilmu kekeluargaan serta membantu mengurangkan risiko konflik rumah tangga yang boleh membawa kepada perceraian.
 
Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai slot interaktif dan pengisian khas termasuk Cakna Pasangan, Komunikasi Keintiman Suami Isteri, Candle Light Dinner dan sesi Ikrar Cinta.
 
Pelaksanaan slot utama telah dikendalikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak YPKT.
Turut terlibat dalam penyampaian ceramah dan sesi bimbingan ialah Cik Salsabilla binti Harun, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Komuniti YPKT serta YBrs. Tuan Haji Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sektor Program YPKT.
 
Dalam pada itu, Prof. Madya Dr. Noorhaslinda binti Kulub Abdul Rashid daripada Universiti Malaysia Terengganu turut menyampaikan slot Pengurusan Kewangan Keluarga bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan yang lebih teratur dan mampan.
Penganjuran Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha memperkukuh institusi kekeluargaan melalui peningkatan kualiti hidup berkeluarga dan pembinaan hubungan kasih sayang yang berterusan.
Pin It

Jumlah Pelawat : 377011

  • Kemaskini Terkini : Rabu 20 Mei 2026, 10:21:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY