YPKT Terima Kunjungan Penandaarasan KEMAS Kuala Selangor

KUALA TERENGGANU, 10 Mei 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) melalui Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menerima Lawatan Penandaarasan daripada delegasi Unit Pendidikan KEMAS Daerah Kuala Selangor ke TASKA Permata Keluarga Wisma Darul Iman, hari ini.

Delegasi yang terdiri daripada 25 orang pendidik KEMAS tersebut telah diketuai oleh Pegawai KEMAS Daerah Kuala Selangor, Zurina binti Ayub. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh pihak pengurusan dan warga Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak YPKT.

Lawatan penandaarasan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan awal kanak-kanak selain menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam aspek pengurusan dan pengendalian TASKA. Selain itu, lawatan ini turut memberi peluang kepada delegasi untuk meneliti secara lebih dekat pelaksanaan pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan Penilaian Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK) yang diamalkan di TASKA Permata Keluarga Wisma Darul Iman.

Sepanjang lawatan berlangsung, delegasi telah diberikan penerangan berkaitan struktur pengurusan TASKA, pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak, aspek keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta kaedah pengoperasian harian yang dilaksanakan oleh pihak TASKA. Delegasi turut dibawa meninjau persekitaran TASKA bagi melihat sendiri kemudahan yang disediakan serta pendekatan pembelajaran dan pengasuhan yang diterapkan dalam usaha memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Dalam sesi perkongsian tersebut, pihak delegasi turut menyatakan penghargaan terhadap komitmen dan kesungguhan YPKT dalam memastikan pengurusan TASKA dilaksanakan secara sistematik, berkualiti dan menepati standard yang telah ditetapkan. Lawatan seumpama ini dilihat mampu menjadi medium terbaik dalam memperkasakan mutu pendidikan awal kanak-kanak melalui perkongsian idea dan pengalaman antara agensi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Wan Mohamed Hilmi bin Wan Isa, Nazri bin Yusoff, Mohd Fauzy bin Abd Ghani, NorHajar binti Awang serta Che Norsheilawati binti Mohammad bersama pegawai dan kakitangan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak YPKT.

Pihak YPKT berharap agar lawatan penandaarasan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi serta meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan kualiti pengasuhan serta pendidikan awal kanak-kanak di negara ini.

#ypkt

#keluargabahagiahidupsejahtera

#TerengganuMajuBerkatSejahtera

 YPKTKEMAS1

YPKTKEMAS2

YPKTKEMAS3

YPKTKEMAS4

YPKTKEMAS5

YPKTKEMAS6

YPKTKEMAS7

YPKTKEMAS8

Pin It

Jumlah Pelawat : 376429

  • Kemaskini Terkini : Selasa 19 Mei 2026, 08:11:06.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY