KUALA TERENGGANU, 24 April - Sempena ulang tahun ke-39 ( 25 April 2025 ) Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) hari ini menganjurkan Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Doa Selamat secara serentak di seluruh pejabat YPK Kawasan dan Dewan Utama YPKT. Sambutan sederhana ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas segala pencapaian dan kejayaan YPKT sejak 1986.