KUALA TERENGGANU, 9 April – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM).
Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan cadangan untuk memperkasa aktiviti jahitan kreatif serta keusahawanan sosial yang memberi impak sosial dan ekonomi kepada golongan sasar.