Program Kunjungan Kerja Transfer of Knowledge YPKDT ke YPKT

19 Februari 2024 (Isnin) – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada deligasi Negeri Johor yang diketuai oleh YB. Puan Hajah Khairin-Nisa binti Ismail @ Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor dan ahli deligasi dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) melalui Program Kunjungan Kerja Transfer of Knowledge. Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT, Puan Noor Faezah binti Md Esa, pengurusan tertinggi YPKDT serta wakil-wakil ADUN Serom.
 
Deligasi Johor telah disambut oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Hajah Zuraida binti Md Noor.
Pengarah YPKT, En. Ahmad Faris bin Abdul Razak menyambut baik kunjungan deligasi ini dan memberi taklimat berkenaan pengurusan dan program-program yang telah dijalankan oleh YPKT. Deligasi turut dibawa lawatan ke TASKA Permata Keluarga Batu Burok dan Kompleks Ibu Tunggal dibawah Pengurusan YPKT.
 
Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan idea baharu bagi pembangunan rakyat Negeri Johor.
Terima kasih diucapkan kepada YB Puan Hajah Bersama deligasi diatas kesudian hadir melawat YPKT dan Negeri Terengganu dalam memperkuatkan lagi ukhwah di antara YPKT dan YPKDT.
Pin It

Jumlah Pelawat : 159647

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 10:59:28.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY