Kunjungan Hormat KHAIRUNNISA ke YPKT

5 Januari 2022 (Rabu), Kompleks Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - YPKT telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (KHAIRUNNISA') seramai 24 orang yang hadir diketuai oleh YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi 2 KHAIRUNNISA' Terengganu merangkap ADUN Wanita Terengganu.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengetahui mengenai program-program yang telah dijalankan oleh YPKT terutama berkaitan Program Baitul Urus dan Program berkaitan Pembangunan Wanita.
Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah YPKT; YBhg. En Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah Program YPKT; YBhg. Puan Wan Sakinah binti Din, Pengarah Urusetia Wanita Terengganu (USWa); YM Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman, Setiausaha Kehormat KHAIRUNNISA' Terengganu; YBhg. Puan Hajah Khairiah binti Mokti, Pegawai Wanita Pejabat YAB Menteri Besar Terengganu; serta Ahli Jawatankuasa & Ahli KHAIRUNNISA’ Terengganu, Pegawai-Pegawai YPKT dan Pegawai-Pegawai USWa.
 
It1
 
 
it2
 
it3
 
it4
 
 
 
 
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 32172

  • Kemaskini Terkini : Khamis 16 Jun 2022, 09:12:03.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my