Ibu Tunggal

Image

Latar Belakang

  • Program Cakna Ibu Tunggal dilaksanakan bertujuan untuk menyatu dan memperkasakan jati diri golongan ibu tunggal supaya segala permasalahan & kebajikan mereka dapat dibantu.

Objektif

  • Memperkasakan golongan Ibu Tunggal dalam membina kualiti kehidupan yang lebih cemerlang dan berkualiti.
  • Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan Ibu Tunggal.
  • Mewujudkan kesedaran tentang tanggungjawab  bersama dalam menjaga kebajikan Ibu Tunggal dan keluarga.
  • Menggalakkan semua ahli keluarga Ibu Tunggal mendapat pendidikan asas yang sempurna.
  • Menggalakkan Ibu Tunggal berdikari dan meningkatkan ekonomi keluarga.

Definisi Ibu Tunggal

Kategori Satu
  • Wanita yang kematian suami dan dia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.

Fokus Program

Penubuhan Kelab Ibu Tunggal YPKT 32 DUN
  • Kelab Ibu Tunggal YPKT ditubuhkan di setiap DUN bagi memastikan agar program yang dilaksanakan diterima oleh setiap Ibu Tunggal di seluruh negeri yang berjumlah sekitar 18,000 orang.
  • Peranan Kelab Ibu Tunggal adalah seperti berikut:
    • Mengumpul data dan maklumat berkaitan Ibu Tunggal dan pemasalahan yang dihadapi.
    • Mengadakan program bimbingan/ dialog/perbincangan berkaitan dengan keperluan ahli.
    • Mengadakan program yang menambah pengetahuan, kesedaran seperti bengkel, ceramah, kursus dan lain-lain yang berkaitan.
    • Mewujudkan saluran yang dapat membantu peningkatan ekonomi  Ibu Tunggal

Komponen Program

  • Berlangsung selama 1 hari

Bil

Program

Objektif

Sinopsis

Kumpulan Sasar

1

Program Pengupayaan Ibu Tunggal

  • Untuk memastikan Kelab Ibu Tunggal mampu berfungsi secara efektif bagi membentuk kumpulan Ibu Tunggal yang mampu bersaing & berdaya maju.

-

  • Ibu Tunggal pelbagai peringkat.

2

Bantuan Pengurusan Kelab Ibu Tunggal

  • Membantu jawatankuasa kelab ibu tunggal menguruskan aktiviti kelab.
  • Memperuntukkan sejumlah dana tahunan kepada pengurusan kelab disetiap DUN bagi member semangat & peransang kepada pihak pengurusan dan pentadbiran kelab untuk menggerakkan aktiviti dengan teratur dan sistematik.
  • Ahli Kelab Ibu Tunggal

3

Program Peningkatan Ekonomi

  • Memberi peluang kepada golongan ibu tunggal untuk meningkatkan taraf ekonomi.
  • Program ini bertujuan untuk menggalakkan ibu tunggal menceburi pelbagai bidang perniagaan melalui bantuan modal ataupun pinjaman modal.
  • Golongan ibu tunggal yang tersenarai dalam E-Kasih.
  • Golongan ibu tunggal mudah miskin.

4

Program Bimbingan Undang-Undang

  • Memastikan ibu tunggal memahami dan menyedari hak mereka dari sudut perundangan
  • Mengadakan program yang memberi kefahaman tentang hak dan seterusnya kemahiran kepada mereka berkaitan prosedur serta proses tuntutan di mahkamah agar mereka dapat mengendalikan sendiri kes-kes tuntutan yang dibuat oleh ibu tunggal.
  • Golongan Ibu Tunggal yang mempunyai masalah perundangan

5

Program Bimbingan Kekeluargaan & Pendidikan

  • Memberi pendedahan kepada ibu tunggal tentang kemahiran keibubapaan serta program keagamaan.
  • Program ini bertujuan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera melalui penglibatan setiap peringkat ahli keluarga ibu tunggal.
  • Golongan Ibu Tunggal yang mempunyai masalah kekeluargaan

6

Program Kesedaran & Bimbingan Kesihatan

  • Memberi bimbingan & kesedaran kepada ibu tunggal tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
  • Memberi khidmat nasihat & rawatan daripada pakar, kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan.
  • Mengadakan program berbentuk ceramah, pemeriksaan kesihatan dan senaman bagi member kesedaran dan kefahaman kepada golongan ibu tunggal tentang kepentingan kesihatan.
  • Golongan Ibu Tunggal yang mempunyai masalah kesihatan
Pin It

Jumlah Pelawat : 70925

  • Kemaskini Terkini : Khamis 01 Disember 2022, 14:50:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my