
Objektif
- Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
- Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
- Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
- Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
- Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan "Dari Kerajaan Kepada Rakyat" yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.
Faedah Kepada Peserta
- 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
- Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
- Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
- Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
- Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang. - Cenderahati untuk tetamu yang hadir.
Kriteria Pemilihan
- Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.
- Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.
- Perkahwinan pertama bagi pasangan.
- Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
- Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.
- Mendapat restu kedua-dua ibubapa.
Info Pantas
01
Talian Pertanyaan
09 624 9355