Program Santuni Masyarakat Orang Asli Sungai Berua

HULU TERENGGANU, 13 Ogos 2024 – Program Santuni Masyarakat Orang Asli Sungai Berua ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Dewan Masjid Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu. Program ini disertai oleh seramai 100 orang penduduk Orang Asli dari Kampung Berua, bertujuan untuk memperkukuh kefahaman mereka mengenai ajaran Islam dan mempertingkatkan kesejahteraan komuniti.
 
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut hadir untuk meninjau dan memerhati peranan yang boleh dimainkan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga Orang Asli di Negeri Terengganu, sebagaimana yang telah disarankan.
Program ini dimulakan dengan Ceramah Kewajipan Memakan Daging Haiwan Yang Disembelih Secara Halal beserta Praktikal Sembelihan Haiwan yang disampaikan oleh Tuan Haji Moktar bin Salleh, Ketua Penolong Pesuruhjaya Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEAT. Dalam ceramah tersebut, beliau menekankan kepentingan memastikan haiwan yang disembelih mengikut kaedah syariat Islam, dan demonstrasi praktikal penyembelihan melibatkan dua ekor kambing dan lapan ekor ayam telah diadakan.
 
Seterusnya, Ceramah Pemantapan Akidah Melalui Pendekatan Solat telah disampaikan oleh YM Sahibus Fadilah Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar, Timbalan Mufti Negeri Terengganu. Ceramah ini memberi penekanan kepada kepentingan solat sebagai asas pengukuhan akidah dan hubungan dengan Allah SWT.
Dalam usaha memupuk budaya Islam sejak lahir, majlis tahnik dan selawat oleh Timbalan Myfti Negeri Terengganu turut diadakan untuk bayi-bayi Orang Asli yang hadir. Program ini juga menyaksikan penyerahan Surat Akuan Nikah kepada pasangan-pasangan yang telah sah bernikah, sebagai tanda pengiktirafan rasmi perkahwinan mereka menurut undang-undang Islam.
 
Di samping itu, bantuan turut disalurkan kepada komuniti Orang Asli sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Zawawi bin Ismail, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah YPKT, Tuan Haji Nazri bin Yusoff, serta pegawai-pegawai atasan YPKT.
Program ini diharapkan dapat menjadi titik tolak kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti Orang Asli di Terengganu, sejajar dengan ajaran Islam yang syumul.
 
Pin It

Total Visitors : 197279

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY