Program Keberkesanan Latihan Perawatan Bekam "Al-Hijamah"

 
Kuala Terengganu, 6 Ogos 2024 - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program Keberkesanan Latihan Perawatan Bekam "Al-Hijamah" yang selamat bagi pengamal bekam dalam kalangan warga emas. Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 4 hingga 6 Ogos 2024 di Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu.
 
Seramai 30 orang peserta dari Program Jaya Diri YPKT telah mengikuti latihan perawatan bekam ini. Selain itu, seramai 40 orang jemputan yang terdiri daripada ahli Persatuan Warga Emas Negeri Terengganu dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Kuala Terengganu turut menerima rawatan bekam dalam program ini.
"Al-Hijamah" adalah istilah Arab untuk terapi bekam, iaitu satu bentuk perubatan alternatif kuno yang melibatkan meletakkan cawan di atas kulit untuk mencipta penyedutan yang menarik toksin, meningkatkan aliran darah, dan menggalakkan penyembuhan. Bekam dapat membantu mengembalikan keseimbangan hormon dalam tubuh dan bekam basah dapat mengeluarkan bahan berlebihan dari tubuh.
 
Fasilitator program ini terdiri daripada pakar-pakar berikut: Prof. Madya Dr. Zainab binti Mohd Shafie, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan UniSZA dan Ketua Penyelidik; Puan Kadimi Apriza binti Yunus, Pensyarah Keperawatan Universitas Pahlawan Bangkinan, Pekanbaru, Indonesia dan Pelajar PhD Fakulti Perubatan UniSZA; Dr. Wahyudi Widada, Ketua Komisi Etik Penelitian Kesehatan (KEPK) Fakulti Kesihatan Universiti Muhamadiyah Jember dan Majelis Pakar Perkumpulan Bekam Indonesia (PBI); En. Aris Setyawan, Wakil Ketua PBI Yogyakarta, Indonesia dan Trainer & Assesor Bekam Perkumpulan Bekam Indonesia (PBI); dan En. Asri bin Mohamad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat UniSZA.
 
Majlis perasmian penutup telah diadakan pada 6 Ogos 2024 dan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Program) YPKT. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah En. Wan Zulfazlee bin Wan Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti.
Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada peserta dalam memahami teknik perawatan bekam yang selamat dan berkesan serta memperluas pengetahuan mereka mengenai terapi alternatif yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.
 
Pin It

Total Visitors : 197266

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY