ANUGERAH TERINDAH KELUARGA BAHAGIA PARLIMEN MARANG (Siri 2)

Marang, 26 Ogos 2024 - Program Generasi Islah Falah Terengganu (GIFT): Anugerah Terindah Keluarga Bahagia (ATKB) Parlimen Marang Siri 2 telah berjaya dilaksanakan di Dewan SMK Rusila, Marang, dengan kehadiran seramai 80 orang murid dan ibu bapa. Program ini adalah dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), dan dikendalikan oleh guru-guru kaunselor daerah Marang.
 
Program ATKB Marang ini melibatkan penyertaan murid dari tujuh sekolah iaitu SMK Seberang Marang, SMK Rusila, SMK Lela Segara, SMA Marang, SMK Sri Payong, SMK Tun Telanai, SMK Bukit Sawa. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pengurusan psikososial dan minda sihat, di samping melaksanakan intervensi yang dapat meningkatkan kemampuan mereka untuk meregulasi emosi dengan baik.
 
Selain itu, program ini turut menekankan peningkatan kemahiran daya tindak dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh KPP Unit Hal Ehwal murid, Sektor Pembangunan Murid JPNT, En. Kairil Anuar bin Muhammad.
Dengan pelaksanaan program seumpama ini, diharapkan murid-murid dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan harian mereka, sekali gus membentuk generasi yang lebih berdaya saing dan sejahtera di masa hadapan.
ANUGERAH TERINDAH5
 
ANUGERAH TERINDAH6
Pin It

Total Visitors : 197259

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY