27 September 2023 (Rabu) - Forum Kesihatan Mental Sempena Program Kesedaran Kesihatan Ibu Tunggal Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu “Transformasi Holistik : lntegrasi Kesejahteraan Mental Dan Kekuatan Spiritual Dalam Kehidupan Kita” telah diadakan bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Terengganu.
Seramai 100 orang Ibu Tunggal dari seluruh negeri Terengganu telah dijemput hadir bagi mendengar forum ini yang telah dikendalikan oleh moderator, Cik Arini Diyah Fadhila (Kaunselor Pelatih Dan Penolong Ketua Pemasaran Dan Penyelidikan MIASA) dan 2 orang panel adalah Puan Anita binti Abu Bakar, Presiden Dan Pengasas MIASA dan Ustaz Mohammed Noor Bin Mohd Deros, Naib Presiden 2 MIASA.
Program telah disempurnakan dengan perasmian oleh YB Ustaz Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Merangkap Adun Kawasan Ajil.
Program ini adalah dengan Kerjasama Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental Terengganu (MIASA Malaysia) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.