Air mata emas Khairuddin

PUTRAJAYA: Air mata kegembiraan menjadi bukti kepuasan buat atlet angkat berat Terengganu, Muhammad Khairuddin Ashaari selepas memenangi pingat emas kategori bawah 67 kilogram (kg) di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, hari ini.

Muhammad Khairuddin, 19, yang membuat penampilan kedua dalam temasya itu melakukan angkatan seberat 124kg untuk snatch dan 157kg bagi clean & jerk yang menjadikan jumlah angkatan keseluruhan 281kg.

Pingat perak dimenangi atlet Perak, Muhammad Danial Dahlan yang merekodkan jumlah angkatan keseluruhan seberat 280kg, manakala Kevdylan dari Sabah meraih gangsa (278kg).

 
 
 emas lelaki sukma
 
 
 

Muhammad Khairuddin menjelaskan bahawa ia pingat emas pertamanya di SUKMA dan ia menyebabkan atlet kelahiran Batu Rakit itu tidak dapat menahan air mata selepas mengesahkan kemenangan.

"Sebaik mengetahui saya dapat emas terus rasa sebak. Sasaran sebenarnya adalah pingat perak tapi saya berjaya dapat emas dan ini adalah rekod peribadi terbaik saya, Alhamdulillah saya berpuas hati," katanya.

 

emas lelaki1

Selain itu, dia berharap kejayaan itu dapat membantu mengembangkan lagi kariernya termasuk mewakili negara di pentas lebih tinggi.

"Semangat saya juga datang bila teringat kepada mak ayah, kawan-kawan dan saya nak buat yang terbaik untuk negeri. Jadi, emas ini hadiah buat mereka," katanya.

 YPKT selaku jabatan angkat kepada Persatuan Angkat Berat Negeri Terenggganu mengucapkan sekalung Tahniah dan penghargaan buat semua atlet yang telah menyumbangkan pingat kepada negeri terengganu dalam temasya Sukma pada kali ini.

 

kredit : https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2022/09/1003038/air-mata-emas-khairuddin

Sila lawati facebook rasmi YPKT :  https://www.facebook.com/YPKTrg untuk aktiviti/program semasa berkaitan YPKT.

Pin It

Total Visitors : 70928

  • Last Modified : Thursday 01 December 2022, 14:50:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my