147 Pasangan Kahwin Percuma

KEMAMAN, 18 September - Kerajaan negeri meneruskan tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma membabitkan 147 pasangan di Walimatul Urus Perdana 2022 yang berjalan serentak seluruh negeri, semalam setelah dua tahun ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang dianjurkan itu merupakan suatu inisiatif kerajan negeri dalam meringankan bebanan pasangan dan keluarga serta mempermudahkan urusan-urusan berkaitan.

walimatulurus perdana 2022

 

walimatulurus perdana 20221

Katanya, secara tidak langsung ia menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam aspek pembangunan insan bertepatan dengan konsep Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS).

"Sebagai menghargai dan meraikan pasangan pengantin baru ini kerajaan telah membiayai segala kos jamuan khas pengantin dan keluarga, set persalinan pengantin, set pengantin dan pelamin, insentif kepada ibu dan bapa tunggal yang turut menyertai perkahwinan perdana ini, khidmat jurunikah dan sebagainya.

"Manfaat lain untuk pasangan pengantin baharu ini ialah Pakej Bulan Madu dan pengisian program dan ilmu melalui Kursus Kemahiran Keibubapaan (parenting skills) dan Program Pasca Perkahwinan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu," ujarnya.

walimatulurus perdana 20223

 

walimatulurus perdana 20224

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Walimatul Urus Perdana 2022, di Padang Astaka Chukai, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.

Dalam pada itu Ahmad Samsuri mengharapkan agar 147 pasangan pengantin berkenaan termasuk 28 yang diraikan di daerah ini dapat menyelusuri alam rumah tangga dengan baik.

"Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyampaikan pesanan kepada pengantin baharu sekalian. Antaranya sama-sama berlumba lakukan yang terbaik untuk pasangan dan kelurga, semailah dengan benih-benih kecintaan, kasih sayang dibajai dengan kesantunan akhlak dan budi, disulami berkat kesabaran dan ketabahan.

walimatulurus perdana 20225

 

walimatulurus perdana 20226

"Komunikasi dan perbincangan adalah asas kebahagiaan, perselisihan dan perbezaan pandangan dalam suami isteri itu biasa, oleh kerana itu perbincangan dan komunikasi amat penting serta perlu dihidupkan dalam keluarga.

"Sentiasalah bekalkan diri dengan ilmu apabila bergelar suami atau isteri, lengkapkan diri dengan ilmu Fardu Ain, ilmu rumah tangga, kemahiran menguruskan kewangan dan meningkatkan ilmu keibubapaan," ujarnya.

Di samping itu, Hanafiah Mat berkata kerajaan negeri turut menawarkan faedah skim pinjaman modal perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya DIri (PJD) dengan kadar pinjaman sehingga RM20,000 kepada pasangan yang berminat dan layak.

Serta insentif sebanyak RM1,000 kepada ibu atau bapa tunggal yang menyertai Walimatul Urus perdana itu.

 

walimatulurus perdana 20227

 

walimatulurus perdana 20228

 

walimatulurus perdana 20229 

 

walimatulurus perdana 202210

kredit : https://www.trdi.my/

Sila lawati facebook rasmi YPKT :  https://www.facebook.com/YPKTrg untuk aktiviti/program semasa berkaitan YPKT.

Pin It

Total Visitors : 197277

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY