Program Jaya Diri

Image

Latar Belakang

  • Program Penjanaan Ekonomi Keluarga Miskin (Program Jaya Diri) merupakan program yang menumpukan kepada usaha membangkitkan kesedaran serta menggalakkan keluarga mudah miskin berdikari dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga. Melalui program ini peserta dilatih dengan disiplin dan kemahiran asas pengurusan diri. Peserta seterusnya menerima    pinjaman modal tanpa faedah untuk menjalankan aktiviti yang meningkatkan pendapatan isi rumah.
  • Program ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu  pada 11 November 1994. Pinjaman ini tidak mengenakan sebarang cagaran, penjamin dan faedah.  Bakal-bakal peserta disyaratkan menubuhkan kumpulan dan pusat yang terdiri daripada 4 - 20 orang di kawasan-kawasan yang terlibat.  Kumpulan dan pusat dibentuk bagi memupuk sikap kerjasama dan disiplin di dalam menjalankan projek dan membayar balik pinjaman.
  • Penyertaan diutamakan kepada  golongan wanita sebagai wakil isirumah. Peserta dilibatkan didalam program khusus untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama seterusnya melahirkan individu yang berdayasaing.

Objektif

  • Melahirkan keluarga berdikari di kalangan isi rumah mudah miskin dengan cara mereka bekerja untuk membantu diri mereka sendiri.
  • Membantu meningkatkan ekonomi isirumah yang berpendapatan rendah.
  • Memberi galakan kepada kaum wanita untuk membantu suami dalam usaha menambahkan pendapatan.
  • Menerapkan nilai-nilai positif kepada golongan sasaran seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berani dan bersatu ke arah mencapai objektif program.

Kursus/Aktiviti terlibat

Bil.

Kursus/Aktiviti

Objektif

Kumpulan Sasar

Tempoh Program

1

Pinjaman Modal (Program Jaya Diri)

  • Melahirkan keluarga berdikari di kalangan isi rumah mudah miskin dengan cara mereka bekerja untuk membantu diri mereka sendiri.
  • Membantu meningkatkan ekonomi isirumah yang berpendapatan rendah.

Golongan Mudah Miskin

2

Kursus Asas Perniagaan

  • Meningkatkan pengetahuan peserta dalam melaksanakan kegiatan perniagaan.

Peserta PJD

1 Hari

3

Kursus Kemahiran

  • Meningkatkan Kemahiran Peserta dalam bidang yang diceburi disamping memberi nilai tambah kepada produk.

Peserta PJD

1 hari

4

Kursus Kepimpinan (Ketua Pusat PJD)

  • Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran kepada Ketua-ketua Pusat PJD dalam melaksanakan peranan masing-masing.

Peserta PJD

1 Hari

Info Pantas

01

Talian Pertanyaan

09 624 9355
Pin It

Total Visitors : 155912

  • Last Modified : Wednesday 27 March 2024, 10:18:34.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY