Desa Keluarga

Image

Latar Belakang

  • Program Desa Keluarga merupakan satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal yang selesa untuk golongan miskin/setinggan/pekerja kilang, pekerja  dan penduduk yang menghadapi kesukaran mendapatkan rumah di persekitaran tempat kerja mereka.
  • Program Desa Keluarga yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dibina untuk menyediakan keadaan persekitaran tempat tinggal yang selesa dengan pelbagai kemudahan asas serta perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna dan sejahtera.  Unit-unit rumah Desa Keluarga tersebut disediakan untuk disewa dengan kadar berpatutan dan mampu dibayar oleh keluarga miskin dan setinggan yang berpendapatan rendah dan para pekerja dari pelbagai sektor.

Objektif

1. Objektif Am
  • Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan setaraf dari segi jasmani dan rohani kepada para penghuninya yang akan menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Maklumat Desa

Perkara

Keterangan

Rekabentuk

  • Kawasan perumahan Desa Keluarga terdiri daripada bangunan rumah lima (5) tingkat.
  • Setiap tingkat mengandungi 4 hingga 10 unit rumah.
  • Saiz  rumah adalah  mengikut  spesifikasi  Perumahan  Awam  Kos Rendah dengan keluasan lantai 560 kaki persegi yang meliputi ruang tamu,  3 bilik tidur, ruang dapur dan 1 bilik air/tandas

Kumpulan Sasar (Penyewa)

  • Golongan pekerja yang telah berkeluarga.
  • Majikan yang mempunyai pekerja-pekerja wanita/lelaki yang belum berumahtangga.
  • Penduduk setinggan yang berkemampuan membayar sewa.
  • Golongan-golongan tertentu yang diluluskan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa

Lokasi

Desa Keluarga Kuala Terengganu,

Kg. Kubang Ikan,

21070 Chendering, Kuala Terengganu

Tel : 09-616 3231 / 616 3232

Faks : 09-616  3230

Desa Keluarga Dungun,

Kg.  Bijangga,

23000 Dungun

Tel & Faks : 09-845 3228

Desa Keluarga Kemaman, Kg. Fikri,

24000 Kemaman

Tel & Faks : 09-868 3478

Kadar Sewaan

Aras

Desa Kemaman

Desa Dungun

Desa K.Terengganu

Aras 1

RM140

RM140

RM140

Aras 2

RM130

RM130

RM130

Aras 3

RM120

RM120

RM120

Aras 4

RM110

RM110

RM110

Aras 5

RM100

RM100

RM100

Pin It

Total Visitors : 70916

  • Last Modified : Thursday 01 December 2022, 14:50:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my