Program Kunjungan Hormat YPKT ke JPK Putrajaya

 
Putrajaya, 23 Oktober 2024 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya hari ini. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ts. Hj. Azman bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentauliahan (BPT) JPK.
 
Objektif utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan penambahbaikan terhadap program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang sedia ada, khususnya dalam bidang latihan jahitan serta Pengurus Kediaman (Home Manager). Selain itu, YPKT turut mengemukakan cadangan bagi menambah satu lagi program baru di bawah SLDN, iaitu program yang berfokus kepada pengurusan TASKA.
 
Dalam mesyuarat ini, YPKT diwakili oleh Encik Ahmad Faris bin Abdul Razak, Pengarah YPKT; Tuan Haji Nazri bin Yusoff, Timbalan Pengarah (Program) YPKT; En. Wan Zulfazlee bin Wan Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti YPKT; Puan Siti Khatijah binti Sapei, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak YPKT, serta Mohd Hamrullah bin Mohd Nur, Pengurus Permodalan YPK Sdn. Bhd, bersama beberapa pegawai YPKT yang lain.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja di Terengganu, khususnya melalui program latihan kemahiran yang berkualiti dan relevan dengan keperluan industri semasa.
 
Pin It

Total Visitors : 197256

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY