Pembudayaan Etika Kerja Cemerlang Marang & Hulu Terengganu

 
25 Jun 2024 (Selasa), Alhamdulillah telah selesai 2 "Ceramah Integriti: Pembudayaan Etika Kerja Cemerlang" yang diadakan di Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) kawasan Marang dan Pejabat YPK Kawasan Hulu Terengganu pada hari ini. Program ini dihadiri daripada Pegawai YPK Kawasan bersama kakitangan YPK kawasan, termasuk pengurus TASKA, dan guru jahitan dari setiap parlimen.
 
Ceramah ini disampaikan oleh Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Pegawai Integriti yang juga merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi & Korporat YPKT. Haji Abd. Ghafar telah berkongsi pandangan dan ilmu mengenai pentingnya integriti dalam membudayakan etika kerja yang cemerlang di kalangan kakitangan dan pihak pengurusan.
 
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan kakitangan YPKT, pihak pengurusan TASKA dan Jahitan YPKT dapat terus mengamalkan dan mengekalkan integriti dalam setiap tindakan mereka, demi mencapai kecemerlangan dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 
Pin It

Total Visitors : 197274

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY