25 Februari 2023 (Sabtu) - Majlis Penutup Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon Siri 1 2023 telah diadakan bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu.
Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Turut hadir sama, Ybhg. Prof. Madya Dr. Norhayati binti Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Penilaian YPKT selaku Ahli Lembaga Pegegang Amanah YPKT; Ybhg. En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT dan Ybhg. Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT. Seramai 15 pasangan peserta telah menghadiri bagi menjayakan program ini.
Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon diadakan adalah untuk memenuhi salah satu hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup berkeluarga rakyat Terengganu melalui kaedah pengukuhan hubungan kasih sayang antara pasangan.