7 Disember 2022 (Rabu) - Program Bicara Keluarga Jannah Parlimen Hulu Terengganu telah berlangsung bertempat di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji Abd Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti YPKT.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Ustaz Maliaman bin Kassim, ADUN Ajil.
program Keluarga Jannah merupakan program khusus kepada penjawat awam yang sudah berkahwin. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengulas dan mengumpas berkenaan dengan syarat dan terma bagi membina sebuah keluarga jannah dan dalam masa yang sama memberi pendedahan terkini dan tepat kepada ibubapa bekerja berkenaan cara dan kaedah menerajui institusi keluarga muslim mengikut ajaran islam.