Lawatan Kolej Ketengah ke YPKT dan TASKA Permata Keluarga

3 November 2022 (Khamis) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima seramai 25 orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Kolej KETENGAH untuk mengadakan lawatan ke TASKA Permata Keluarga. Lawatan daripada Kolej KETENGAH ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Mohd Razali bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH dan Pegawai Tadbir, Puan Nur Zalikha binti Kamarul Zamri serta 2 orang pensyarah yang turut sama hadir.
Antara TASKA Permata Keluarga yang dilawati adalah TPK Wisma Darul Iman dan TPK Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Objektif lawatan di TASKA Permata Keluarga ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar menguasai ilmu kemahiran kanak-kanak yang luas serta mampu menyuburkan potensi dan pengalaman nilai-nilai murni. Selain itu, pelajar juga memperolehi kemahiran dalam memenuhi peranan mengajar, mendidik, mengasuh, memimpin, membentuk watak kanak-kanak serta merasai pengalaman mengurus institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan berkesan.
 
ketengah1
 
 
ketengah2
 
 
ketengah3
 
 
ketengah4
 
 
ketengah5
 
 
ketengah6
 
 
ketengah7
 
 
ketengah8
 
 
ketengah9
 
 
ketengah10
 
 
ketengah11
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pin It

Total Visitors : 81621

  • Last Modified : Wednesday 25 January 2023, 08:31:34.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi