Sumbangan Kasih Ramadhan Wanita Lamaran Ar-Rayyan K.Terengganu

14 April 2022 (Khamis), Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu - Telah berlangsungnya Program Sumbangan Kasih Ramadan: Wanita Lamaran Ar-Rayyan bagi kawasan Kuala Terengganu.
 
Program ini merupakan satu bentuk Ihya' Ramadan yang diadakan bagi memberi pengisian berbentuk tarbiyah kepada wanita disepanjang bulan Ramadan.
Kumpulan Wanita yang disasarkan pada kali ini adalah dalam kalangan ibu tunggal setiap daerah. Pengisian berbentuk bacaan Yaasindan Tazkirah disusun bagi memberi nilai tambah kepada ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Seterusnya ruang dialog dibuka bagi memperkenalkan 'Ibu Angkat' dari Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') dan memharmonikan hubungan serta membina kesefahaman antara ahli kelab ibu tunggal.
 
Isu-Isu dan permasalahan ibu tunggal akan diambil cakna sepanjang sesi dialog dan solusi serta kaedah penyelesaian telah dibincangkan secara bersama. Program diakhiri dengan pembahagian sumbangan daripada penganjur.
 
Antara yang hadir adalah YB. Hajah Zuraida binti Md Noor, ADUN Wanita Negeri Terengganu; To' Puan Aida binti Tengah, Ibu Angkat DUN Ladang; Dr. Farhana binti Hisaiiny, Ibu Angkat DUN Batu Buruk; Dr. Fazilah binti Ismail, Ibu Angkat DUN Wakaf Mempelam; Puan Norizan binti Ngah, Ibu Angkat DUN Bandar; Puan Hajah Sabariah binti Alias, Ketua Kluster Khairunnisa' Terengganu dan En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah Program Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
 
kasih ramadhan
 
 
kasih ramadhan1
 
 
aa2
 
 
aa3
 
 
aa5
 
 
 
 
 
Pin It

Total Visitors : 70930

  • Last Modified : Thursday 01 December 2022, 14:50:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my