Majlis Pelancaran Pelan OACP YPKT 2022 dan APC & Jasamu Dikenang

Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (Organizational Anti-Corruption Plan-OACP), Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Jasamu Dikenang YPKT telah diadakan di Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu pada 14 Disember, 2021 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja; Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

  apc21
 
apc22
 
apc23
 
apc24
 
 
 

YBM SUK Terengganu berharap semua pegawai dan kakitangan YPKT dapat memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang dalam Pelan Antirasuah YPKT 2022 – 2026 ini akan tercapai

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada 81 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 dan 13 penerima Anugerah Jasamu Dikenang pada kali ini. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga YPKT, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

apc25
 
 
 

 

 Beliau turut menekankan walaupun pandemik CoVID-19 ini belum berakhir, tetapi tugas dan tanggungjawab perlu kita teruskan untuk diberikan kepada klien-klien ataupun masyarakat di negeri Terengganu ini dengan sebaiknya. Jangan jadikan pandemik ini sebagai satu alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab kita.

 apc26

 

 

 

 

 

 

 

Pin It

Total Visitors : 197269

  • Last Modified : Sunday 08 December 2024, 11:31:50.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY