Pengenalan EKSA

Image
Image

Pengenalan

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Pada tahun 2014,MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. 

EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9001, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja. EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat YPKT secara keseluruhan.

Pelaksanaan EKSA

Dalam usaha pembudayaan dan pengekalan persekitaran berkualiti dan kondusif jabatan melaksanakan aktiviti seperti Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal dengan pelaksanaan aktiviti gotong-royong secara berkala. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu.EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. 

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu,iaitu:

  • Imej korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;
  • Amalan Hijau;
  • Persekitaran Kondusif;dan
  •  Kepelbagaian Agensi

Dasar Dan Objektif

Objektif pelaksanaan EKSA YPK

 

  1. MENAMBAHBAIK persekitaran tempat kerja.
  2. MENINGKATKAN kualiti kerja dan produktiviti semua warga kerja Jabatan.
  3. MENGURANGKAN pembaziran sumber, ruang, masa, kos dan tenaga.
  4. MENAMBAHBAIK budaya kebertanggungjawaban di kalangan warga Jabatan.
  5. MENINGKATKAN semangat berpasukan.
  6. MENAMBAHBAIK imej korporat Jabatan dan daya saing antara Jabatan demi mencapai visi dan misi.

Info Pantas

01

FACEBOOK EKSA

Image
Pin It

Total Visitors : 70915

  • Last Modified : Thursday 01 December 2022, 14:50:32.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

GENERAL LINE : 09-624 9355 / 57 / 58
FAX : 09-624 1078
E-MAIL : admin@ypkt.gov.my