Majlis Perasmian Kelas Jahitan Komuniti Dun Rhu Rendang

majlis perasmian kelas jahitan komuniti dun rhu rendang 1 20210426 1623458779

Majlis Perasmian Kelas Jahitan Komuniti (KJK) telah diadakan pada 7 Mac 2021 bertempat di Balairaya Kampung Medan Jaya 1, Marang. Majlis perasmian ini telah disempurnakan Y.A.Bhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah binti Tuan Abdul Rahman, isteri kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu merangkap ADUN Rhu Rendang.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Y.Bhg. Encik Wahab bin Osman, Pegawai Khas kepada Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Y.Bhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Y.Bhg. Encik Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti YPKT dan YBhg. Encik Mohd Muzamri bin Mohd Yusoff, Pegawai YPKT Kawasan Marang.

Kelas Jahitan Komuniti kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ini merupakan suatu program yang memberi peluang kepada surirumah, belia dan beliawanis komuniti setempat bagi mempelajari cara dan kaedah menjahit secara bermodul daripada guru yang terlatih yang disediakan oleh pihak YPKT.

majlis perasmian kelas jahitan komuniti dun rhu rendang 2 20210426 1741119237

Kelas ini diadakan pada dua sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang yang mengambil masa selama 6 bulan bagi setiap sesi latihan. Pihak YPKT telah mengambil langkah prihatin dengan menyediakan peralatan mesin jahit dan guru terlatih, malah tiada bayaran bulanan yang dikenakan kepada para pelatih yang berminat.

Di akhir ucapan Y.A.Bhg. Toh Puan Seri Tuan Faezah binti Tuan Abdul Rahman turut meletakkan harapan dan amanat beliau iaitu semoga para pelatih tidak hanya belajar sekadar untuk pandai menjahit tetapi juga mestilah mempunyai wawasan yang lebih tinggi iaitu untuk menjadi seorang usahawan.

Diharapkan juga agar pihak komuniti setempat dapat mengambil peluang melalui platform yang telah disediakan oleh pihak YPKT dengan kerjasama JPKK.

Pin It

Jumlah Pelawat : 32172

  • Kemaskini Terkini : Khamis 16 Jun 2022, 09:12:03.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my