Taklimat Pengambilan Kakitangan Guru TASKA & Penyediaan Sajian

 
30 Jun 2024 (Ahad), seramai 31 orang pelatih Guru TASKA dan Penyediaan Sajian telah terpilih menghadiri Taklimat Pengambilan Kakitangan di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Pn. Masliza binti Abdul Mubin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran YPKT, memulakan taklimat dengan menyampaikan maklumat penting mengenai YPKT dan proses pengambilan dan latihan. Seterusnya, Pn. Norhajar Asma binti Awang, Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak YPKT, menerangkan tentang TASKA Permata Keluarga YPKT. Akhir sekali, Pn. Siti Khatijah binti Sapei, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkembangan Awal Kanak-kanak YPKT, memberikan taklimat mengenai penempatan pelatih yang akan melaporkan diri di TASKA.
 
Sesi pengambilan ini merupakan langkah awal bagi para pelatih yang akan menjalani latihan dan amali selama tiga bulan di TASKA, tertakluk kepada prestasi yang baik dan lulus dalam sesi temuduga. Diharapkan para pelatih dapat mengambil manfaat daripada taklimat ini dan bersedia untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
 
 
Pin It

Jumlah Pelawat : 171150

  • Kemaskini Terkini : Rabu 17 Julai 2024, 11:37:08.
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my

Amiro Technology Sdn Bhd

Selamat datang ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

MyGov Portal
LAPORAN KEMASUKAN DATA E-KENT (E-KELUARGA) IBU TUNGGAL MENGIKUT PARLIMEN

privasi

TERENGGANU PAY