LATAR BELAKANG
- Ingat Sebelum Terkena adalah program pengukuhan jati diri dalam menangani gejala sosial dikalangan remaja dan gaya hidup sihat sepanjang masa.
OBJEKTIF
- Melahirkan individu atau remaja yang cemerlang dan seimbang dari sudut pencapaian akademik dan akhlak.
- Menyemai sifat kasih sayang terhadap diri sendiri, ibubapa, keluarga, agama dan negara.
- Memperkasa jatidiri remaja dalam mendepani arus kehidupan global.
- Menyediakan program latihan pembimbing remaja (T.O.T) bagi membentuk generasi ulul albab pewaris masa depan.
SINOPSIS PROGRAM
- Program kecemerlangan individu/remaja diwujudkan bagi memberi bimbingan dan kemahiran kepimpinan diri dalam usaha membentuk keperibadian mulia dan memantapkan sahsiah remaja sebagai satu anggota dalam keluarga dan masyarakat.
KUMPULAN SASAR
- Anak keluarga miskin, remaja, lepasan IPT.
TEMPOH PROGRAM
- 1 Hari