PENGENALAN
TASKA PERMATA Keluarga adalah Taman Asuhan Kanak-kanak kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. TASKA PERMATA Keluarga menyediakan perkhidmatan pengasuhan, penjagaan dan pendidikan bayi dan kanak-kanak 4 tahun ke bawah bagi membantu keluarga yang menghadapi masalh penjagaan dan pengasuhan anak-anak khususnya ibubapa yang bekerja dengan menekankan penggunaan kokurikulum berasaskan PERMATA yang meliputi 6 komponen Asas serta penekanan terhadap konsep bermain sambil belajar iaitu :-
- Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
- Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
- Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
- Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
- Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
- Perkembangan Kreativiti dan Estetika
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak bagi meningkatkan dan meyempurnakan perkembangan menyeluruh kanak-kanak 4 tahun ke bawah.
- Menyediakan kakitangan / guru yang berkemahiran dalam menjalankan aktiviti perkembangan awal kanak-kanak.
- Merancang dan menyediakan kurukulum / aktiviti yang bersesuaian dengan konsep asuhan dan didikan yang dipersetujui oleh lembaga.
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan dalam program kemahiran keibubapaan kepada ibubapa yang menggunakan perkhidmatan TASKA dan komuniti setempat.